MAKANAN TRADISIONAL DI MALAYSIA

MAKANAN TRADISIONAL DI MALAYSIA



MAKANAN TRADISIONAL KAUM MELAYU

Kuih bahulu
  • Kuih bahulu atau baulu merupakan sejenis makanan tradisional orang Melayu yang biasanya sangat popular terutamanya pada hari raya dan hari-hari keramaian

Nasi lemak
  • Nasi lemak merupakan makanan kegemaran bagi orang Malaysia terutama sebagai sarapan pada waktu pagi. Nasi lemak merujuk kepada nasi yang dimasak dengan menggunakan santan kelapa, bagi menambah rasa lemaknya. Kadangkala daun pandan dimasukkan semasa nasi lemak dimasak bagi menambahkan aromanya.


Sate
  • Sate (ejaan lama Satay) ialah sejenis makanan yang dicucuk dengan lidi. Secara khususnya, sate dibuat daripada kepingan daging yang dicucuk pada lidi kelapa/ buluh dan dibakar menggunakan api arang kayu.



MAKANAN TRADISIONAL KAUM CINA

Dim Sum
  • Dim sum merupakan sejenis masakan Cina yang melibatkan suatu lingkungan luas hidangan ringan yang dihidang bersama teh cina. Ia juga dihidangkan pada waktu pagi hingga tengah hari di kedai makan Cina dan di kedai makan dim sum khas di mana hidangan lazim disediakan sepanjang hari.


Nasi Ayam
  • Nasi ayam Hainan merupakan makanan Cina. Nasi ayam Hainan yang dinamakan sedemikian kerana asal-usulnya dalam makanan Hainan dan pengamalannya oleh populasi orang Cina seberang laut bersuku Hainan dalam kawasan Nanyang.


Kuih Bakul ( Dimakan semasa perayaan Tahun Baru Cina)
  • Kuih Bakul atau Nian Gao atau kuih Tahun Baru Cina ialah makanan Cina yang diperbuat daripada tepung pulut berbentuk seperti dodol. Sungguhpun boleh dimakan bila-bila masa, secara tradisi kuih ini paling laris dimakan ketika sambutan Tahun Baru Cina. Dipercayai bahawa kuih bakul akan membawa berkat dan tuah kepada Kaum Cina.



MAKANAN TRADISIONAL KAUM INDIA

Dhal ( sejenis kari yang biasanya dimakan bersama roti canai)


Thosai
  • makanan ini diperbuat daripada beras yang direndam dan dikisar halus.


Muruku ( dimakan semasa perayaan Deepavali)


1 comment:

  1. Selepas habis mengaji bab ini, marilah kita sama-sama menguji kefahaman kita.

    ReplyDelete